Friday, August 28, 2009

7th DAy Ramadan


SAMBAL TUMIS UDANG
Bahan2 (agak2 la yer)
Udang - buang kulit tinggalkan bahagian ekornya
bawang merah]
bawang putih] diblend hancur
cili kering]
belacan]
bawang besar - hiris
minyak masak
gula, garam & perasa
air asam jawa

Cara2
Panaskan minyak.. Tumiskan bahan2 blend tadi hingga garing. Masukkan 1 sudu besar gula supaya ianya cepat garing. Bila dah garing masukkan udang, bawang besar dan air asam jawa dan juga garam & perasa. Biar sebentar hingga udak masak.




Bahan2
4 keping ikan tenggiri
1 biji tomato - belah 4
2 biji terung panjang - potong ikut suka (boleh gantikan dgn kacang bendi.. mana2 yg available)
1 senduk besar cili mesin
1 senduk besar bawang mesin (bwg besar + bwg putih)
1 inci halia - tumbuk halus
sedikit serbuk kunyit
sedikit daum kesum
sebatang serai - ketuk
air secukupnya
garam & perasa
sedikit asam jawa - ramas dengan sikit air jadikan pes
sedikit belacan - jadikan pes (kalau tak suka boleh omit)
sedikit minyak

Cara2
Panaskan minyak dan tumiskan bahan2 mesin hingga wangi. Masukkan serai dan serbuk kunyit biar seketika hingga garing. Masukkan air secukupnya, air asam jawa dan pes belacan. Masukkan ikan dan biarkan mendidih. Masukkan perasa, garam, daun kesum dan terung. Biar sebentar dan masukkan tomato. Kacau2 sebentar bila dah secukup rasa bolehlah ditutupkan api.


Enjoy...

No comments: