Tuesday, August 25, 2009

4th Day Ramadhan.


On the 3rd day ..miss bab makan luar..hehehe...neway this my menu for today..enjoy...hehehe..

BERGEDIL DAGING

Bahan-bahannya
1 kilo kentang, dikupas kulitnya dan dipotong bulat
300 gram daging cincang
2 biji telur, asingkan kuning dan putih
3/4 cawan bawang goreng
secekak daun sup, dicincang
2 ulas bawang putih
2 sudu teh serbuk lada putih
garam secukup rasa



Cara-caranya
Panaskan kuali dan goreng kentang yang telah dipotong bulat. Bila sudah masak
angkat dan toskan. Kemudian ditumbuk lumat.
Tumbuk bawang putih bersama garam dan serbuk lada putih.
Kemudian tumis dengan sedikit minyak sehingga naik bau dan masukkan daging
cincang.
Masak sehingga daging bertukar warna dan airnya kering.
Campurkan daging yang telah digoreng tadi ke dalam kentang yang telah ditumbuk
lumat.
Masukkan juga 2 biji kuning telur, bawang goreng dan daun sup. Gaul rata adunan.
Kemudian bentukkan seperti bergedil. Bentuk ikut citarasa sendiri.
Panaskan minyak, biar minyak betul-betul panas kalau tidak bergedil senang pecah
bila digoreng.
Celup bergedil yang telah dibentukkan kedalam 2 biji putih telur tadi dan kemudian
goreng.
Teknik supaya bergedil tidak pecah ialah jangan dibalikkan bergedil sehingga ia
betul-betul garing.

Resepi dari Keluarga Diana..